2016年2月20日星期六

Nasi tomato dan ayam masak merah


Nasi tomato dan ayam masak merah 


BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN UNTUK NASI :
2 biji tomato - potong dadu
1 biji bawang besar - potong dadu
2 ulas bawang putih
1 helai daun pandan
3 sudu besar sos tomato - ada jugak orang guna tomato puri
2 sudu butter + 1 sudu minyak masak
Beras

CARA MEMASAK NASI

1) Panaskan butter bersama dengan minyak tadi..Pastikan api jangan terlalu besar
2) Masukkan semua bahan hiris bersama dengan daun pandan
Kacau sampai sebati dengan butter.
3) Bila dah agak-agak garing dan naik bau, masukkan sos tomato.
4) Bila sudah sebati,masukkan air mengikut sukatan beras yang kalian guna
5) Masukkan garam dan perasa
6) Bila air dah mendidih, masukkan beras yang telah dibasuh dan ditoskan dan Kacau bagi rata
7) Kemudian, masukkan dalam rice cooker

BAHAN-BAHAN UNTUK AYAM
1/2 ekor ayam - basuh dan tos

3 biji bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia - hiris

2 biji bawang besar - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
1 inci halia - kisar

1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 sudu sos cili
4 sudu sos tomato
4 sudu cili kisar
2 biji tomato- potong 4

CARA MEMASAK AYAM MASAK MERAH

1) Gaul ayam dengan kunyit dan sedikit garam.. Bagi rata je
Kemudian goreng separuh masak..(jangan bagi betul2 masak takut akan jadi keras)
2) Setelah itu, tumis bahan hiris, kulit kayu manis dan bunga lawang(jangan sampai hangit)
3) Masukkan bahan kisar...Kacau lagi bagi rata
4) Masukkan cili kisar, sos tomato dan sos cili
Gaul sampai rata dan pecah minyak
5) Bila dah pecah minyak, masukkan ayam yang digoreng tadi
6) Gaul rata.. Bila nampak kuah dah agak kering, masukkan air dan biar ia mendidih

Nota : Untuk pekatkan kuah, boleh masukkan sedikit santan ya





没有评论:

发表评论